Posts

Showing posts from September, 2021

JAWAPAN Kenapa Malaysia Jadi Negara Pilihan Pelacur

Image
  KUALA LUMPUR - Bayaran lumayan menjadi pendorong ribuan wanita warga asing menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan menjalankan aktiviti persundalan. Difahamkan permintaan tinggi turut menjadi faktor bayaran perkhidmatan seks yang ditawarkan kepada lelaki hidung belang di negara ini melambung. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, wanita warga asing itu boleh mendapat tips antara RM300 hingga RM500 untuk satu malam sahaja dan anggaran kasar mereka mampu peroleh RM5,000 hingga RM10,000 sebulan. “Ia merupakan harga biasa ditawarkan dan mengikut paras rupa. Mereka yang muda dan menawan akan dibayar mahal berbanding wanita berusia,” katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian. Menurut Khairul Dzaimee, sindiket pelacuran ini turut mempunyai kelas tersendiri. “Berdasarkan temu bual dan siasatan yang dijalankan, bagi kelas A, wanita itu dibayar RM700 hingga RM800 hanya untuk semalam. “Malah kadar itu akan meningkat kalau ada permintaan y

Suami 15 Tahun, Isteri 16 Tahun

Image
  SHAH ALAM - “Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun. “Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah. Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin. Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000. Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda. Semangat membara Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka bahagia. Beliau t

Aiman Tino Dirompak

Image
  PENYANYI remaja popular Aiman Tino, 21, sanggup membayar RM8,000 kepada individu yang memulangkan kembali barangan miliknya iaitu komputer riba, kamera GoPro dan beg mengandungi MyKad dan passport yang hilang selepas keretanya dipecah di Kampung Melayu Subang, Selangor, malam kelmarin. Malah, Aiman juga tidak marah dan sanggup memaafkan individu terbabit asalkan barangan penting itu dipulangkan semula. “Saya berjanji tidak akan marah dan akan merahsiakan pertemuan. Saya faham individu itu memerlukan wang dan saya boleh memberinya,” katanya. Dalam kejadian jam 10 malam itu, Aiman bersama rakannya singgah di sebuah kedai makan di kawasan itu selepas pulang dari Singapura. Cermin belakang kereta Perodua Myvi miliknya yang diletak kira-kira 20 meter dari premis itu dipecahkan dan barangan berkenaan dilarikan menyebabkan Aiman kerugian lebih RM8,000. “Saya mengaku cuai kerana meninggalkan komputer riba, kamera GoPro dan beg itu dalam kereta. Kebiasaannya saya meletakkan barangan dalam but