Posts

Aiman Tino Diganggu Lelaki Gay

Image
KUALA LUMPUR - Penyanyi Aiman Tino mengaku menerima mesej lucah daripada individu yang tidak dikenali di akaun Instagramnya. Menurut Aiman, 20, dia hanya menyedari perkara tersebut selepas memeriksa mesej di Instagram baru-baru ini. "Saya jarang baca mesej di Instagram dan hanya sedar tentangnya baru-baru ini. Tidak tahu apa tujuannya kerana yang menghantar mesej tersebut adalah lelaki. "Walaupun terkejut saya ambil pendekatan untuk tidak mempedulikannya kerana setakat ini perkara tersebut langsung tidak menganggu ketenteraman dan kerjaya," ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu kakaknya, Fara Hazel di sebuah hotel di sini sebentar tadi. Aiman bagaimanapun telah memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapanya. Selain Aiman, kakaknya yang baru melancarkan single kedua Terasa Cinta turut mengalami nasib serupa. Kata Fara, 22, dia juga menerima mesej lucah di akaun Instagram daripada lelaki tidak dikenali. "Sama se

JAWAPAN Kenapa Malaysia Jadi Negara Pilihan Pelacur

Image
  KUALA LUMPUR - Bayaran lumayan menjadi pendorong ribuan wanita warga asing menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan menjalankan aktiviti persundalan. Difahamkan permintaan tinggi turut menjadi faktor bayaran perkhidmatan seks yang ditawarkan kepada lelaki hidung belang di negara ini melambung. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, wanita warga asing itu boleh mendapat tips antara RM300 hingga RM500 untuk satu malam sahaja dan anggaran kasar mereka mampu peroleh RM5,000 hingga RM10,000 sebulan. “Ia merupakan harga biasa ditawarkan dan mengikut paras rupa. Mereka yang muda dan menawan akan dibayar mahal berbanding wanita berusia,” katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian. Menurut Khairul Dzaimee, sindiket pelacuran ini turut mempunyai kelas tersendiri. “Berdasarkan temu bual dan siasatan yang dijalankan, bagi kelas A, wanita itu dibayar RM700 hingga RM800 hanya untuk semalam. “Malah kadar itu akan meningkat kalau ada permintaan y

Suami 15 Tahun, Isteri 16 Tahun

Image
  SHAH ALAM - “Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun. “Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah. Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin. Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000. Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda. Semangat membara Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka bahagia. Beliau t

Aiman Tino Dirompak

Image
  PENYANYI remaja popular Aiman Tino, 21, sanggup membayar RM8,000 kepada individu yang memulangkan kembali barangan miliknya iaitu komputer riba, kamera GoPro dan beg mengandungi MyKad dan passport yang hilang selepas keretanya dipecah di Kampung Melayu Subang, Selangor, malam kelmarin. Malah, Aiman juga tidak marah dan sanggup memaafkan individu terbabit asalkan barangan penting itu dipulangkan semula. “Saya berjanji tidak akan marah dan akan merahsiakan pertemuan. Saya faham individu itu memerlukan wang dan saya boleh memberinya,” katanya. Dalam kejadian jam 10 malam itu, Aiman bersama rakannya singgah di sebuah kedai makan di kawasan itu selepas pulang dari Singapura. Cermin belakang kereta Perodua Myvi miliknya yang diletak kira-kira 20 meter dari premis itu dipecahkan dan barangan berkenaan dilarikan menyebabkan Aiman kerugian lebih RM8,000. “Saya mengaku cuai kerana meninggalkan komputer riba, kamera GoPro dan beg itu dalam kereta. Kebiasaannya saya meletakkan barangan dalam but

Komen PU Azman Tentang Ebit Liew

Image
POSTED BY:  ADMIN   APRIL 21, 2020 ‘KemeIut’ yang meland43 ketika Ustaz Ebit Liew membantu keluarga di Kedah dengan campur tangan netizen mendapat perhatian ramai netizen dan para ilmuan. Ada pihak yang cuba memperkecil-kecilkan usaha Ustaz Ebit Liew dan tidak kurang juga yang memandang ser0ng. Namun ramai ilmuan yang memberikan sokongan dan berdiri teguh di belakang Ustaz Ebit Liew, seorang mualaf yang berusaha membantu tak kira siapa demi agama Islam. Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, PU Azman turut mendoakan semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada Ustaz Ebit Liew untuk meneruskan usahanya. “Moga Allah beri kekuatan kepada Ustaz Ebit Liew. “Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. “Ayat dalam post di atas ialah ayat 271 Surah Al Baqarah. “Jika kita melihat seseorang memperlihatkan perbuatan sedekahnya atau sebarang perbuatan baik, pendirian pertama kita ialah bersangka baik. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِي

Hibah Paling Rendah Dalam Sejarah Tabung Haji!

Image
PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan hibah sebanyak 1.25 peratus membabitkan pengagihan berjumlah RM913 juta kepada semua pendeposit bagi tahun kewangan 2018. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata pelan penstrukturan yang dilaksanakan membuktikan keprihatinan kerajaan bagi menyelamatkan TH demi kepentingan 9.3 juta pendeposit. "Dalam menzahirkan komitmen ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM500 juta pada 2020 dan seterusnya sebanyak RM1.73 bilion setahun sehingga semua sukuk ditebus semula. "Jumlah keseluruhan peruntukan kerajaan selama 10 tahun dianggarkan sebanyak RM17.8 bilion. Ini adalah kesan daripada kelemahan dan salah guna kuasa pentadbiran yang lalu. "Manipulasi akaun membolehkan hibah diisytihar pada kadar yang tinggi walaupun jurang defisit terus meningkat. Kerajaan terus komited dalam memastikan ketelusan dalam operasi dan kedudukan kewangan TH pada masa depan," katanya keti

Tragedi Masjid Paling Mengerikan

Image
Serangan seorang pemuda kulit putih warga Australia ke atas dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada hari Jumaat yang lalu adalah tragedi hitam untuk umat Islam dan warga manusia sejagat. Ia membunuh 50 orang yang sedang bersolat Jumaat dan puluhan lain yang lagi cedera. Tembakan rambang oleh Brenton Tarrant, pemuda berusia 28 tahun itu terhadap sesiapa sahaja yang ada di dalam masjid tanpa belas kasihan, ketika mangsanya pula ialah mereka yang tidak tahu apa-apa telah menimbulkan banyak spekulasi tentang kelibat pemudat tersebut. Neneknya, Marie Fitzgerald, 81, dalam satu ulasannya kepada sebuah televisyen Australia menyatakan bahawa cucunya itu telah menjadi seorang yang lain. Tracey Gray bekas majikan kepada pemuda itu pula dalam satu komennya menyatakan bahawa Brenton seorang yang rajin dan pekerja yang baik, seperti kebanyakan orang yang lain. Dia yang berkerja sebagai jurulatih kecergasan dikatakan seorang yang suka menolong ahli komuniti lain, termasuk kanak-kan