Posts

Showing posts with the label Aiman Tino

Suami 15 Tahun, Isteri 16 Tahun

Image
  SHAH ALAM - “Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun. “Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah. Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin. Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000. Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda. Semangat membara Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka bahagia. Beli...

Aiman Tino Dirompak

Image
  PENYANYI remaja popular Aiman Tino, 21, sanggup membayar RM8,000 kepada individu yang memulangkan kembali barangan miliknya iaitu komputer riba, kamera GoPro dan beg mengandungi MyKad dan passport yang hilang selepas keretanya dipecah di Kampung Melayu Subang, Selangor, malam kelmarin. Malah, Aiman juga tidak marah dan sanggup memaafkan individu terbabit asalkan barangan penting itu dipulangkan semula. “Saya berjanji tidak akan marah dan akan merahsiakan pertemuan. Saya faham individu itu memerlukan wang dan saya boleh memberinya,” katanya. Dalam kejadian jam 10 malam itu, Aiman bersama rakannya singgah di sebuah kedai makan di kawasan itu selepas pulang dari Singapura. Cermin belakang kereta Perodua Myvi miliknya yang diletak kira-kira 20 meter dari premis itu dipecahkan dan barangan berkenaan dilarikan menyebabkan Aiman kerugian lebih RM8,000. “Saya mengaku cuai kerana meninggalkan komputer riba, kamera GoPro dan beg itu dalam kereta. Kebiasaannya saya meletakkan barangan dalam...

Aiman Tino Diganggu Lelaki Gay

Image
KUALA LUMPUR - Penyanyi Aiman Tino mengaku menerima mesej lucah daripada individu yang tidak dikenali di akaun Instagramnya. Menurut Aiman, 20, dia hanya menyedari perkara tersebut selepas memeriksa mesej di Instagram baru-baru ini. "Saya jarang baca mesej di Instagram dan hanya sedar tentangnya baru-baru ini. Tidak tahu apa tujuannya kerana yang menghantar mesej tersebut adalah lelaki. "Walaupun terkejut saya ambil pendekatan untuk tidak mempedulikannya kerana setakat ini perkara tersebut langsung tidak menganggu ketenteraman dan kerjaya," ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu kakaknya, Fara Hazel di sebuah hotel di sini sebentar tadi. Aiman bagaimanapun telah memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapanya. Selain Aiman, kakaknya yang baru melancarkan single kedua Terasa Cinta turut mengalami nasib serupa. Kata Fara, 22, dia juga menerima mesej lucah di akaun Instagram daripada lelaki tidak dikenali. "Sama se...

Isu Video Bogel Aiman Tino

Image
PENYANYI, Aiman Tino dalam proses mencari jalan penyelesaian berhubung penularan video bogel yang didakwa mirip dirinya sejak dua hari lalu. Aiman menerusi kenyataan rasmi berkata, dia berharap isu terbabit tidak dipanjangkan dan tindakan undang-undang bakal diambil sekiranya terdapat pihak masih membangkitkan isu itu. "Saya dan pihak pengurusan sedang memuktamadkan jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlarutan. "Diharapkan isu ini tidak dipanjangkan lagi dan tindakan undang-undang bakal diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula sehingga menjadikannya berlarutan," katanya. Dalam masa sama, Aiman juga memohon maaf kepada pihak media atas keprihatinan diberikan berhubung isu itu. "Terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada teman media atas keprihatinan dan sokongan terhadap karier saya. "Kepada peminat setia, terima kasih atas nasihat serta sokongan berterusan anda. Saya sayang anda s...