Posts

Showing posts with the label Rompak

Aiman Tino Dirompak

Image
  PENYANYI remaja popular Aiman Tino, 21, sanggup membayar RM8,000 kepada individu yang memulangkan kembali barangan miliknya iaitu komputer riba, kamera GoPro dan beg mengandungi MyKad dan passport yang hilang selepas keretanya dipecah di Kampung Melayu Subang, Selangor, malam kelmarin. Malah, Aiman juga tidak marah dan sanggup memaafkan individu terbabit asalkan barangan penting itu dipulangkan semula. “Saya berjanji tidak akan marah dan akan merahsiakan pertemuan. Saya faham individu itu memerlukan wang dan saya boleh memberinya,” katanya. Dalam kejadian jam 10 malam itu, Aiman bersama rakannya singgah di sebuah kedai makan di kawasan itu selepas pulang dari Singapura. Cermin belakang kereta Perodua Myvi miliknya yang diletak kira-kira 20 meter dari premis itu dipecahkan dan barangan berkenaan dilarikan menyebabkan Aiman kerugian lebih RM8,000. “Saya mengaku cuai kerana meninggalkan komputer riba, kamera GoPro dan beg itu dalam kereta. Kebiasaannya saya meletakkan barangan dalam...