Posts

Showing posts from March, 2019

Aiman Tino Diganggu Lelaki Gay

Image
KUALA LUMPUR - Penyanyi Aiman Tino mengaku menerima mesej lucah daripada individu yang tidak dikenali di akaun Instagramnya. Menurut Aiman, 20, dia hanya menyedari perkara tersebut selepas memeriksa mesej di Instagram baru-baru ini. "Saya jarang baca mesej di Instagram dan hanya sedar tentangnya baru-baru ini. Tidak tahu apa tujuannya kerana yang menghantar mesej tersebut adalah lelaki. "Walaupun terkejut saya ambil pendekatan untuk tidak mempedulikannya kerana setakat ini perkara tersebut langsung tidak menganggu ketenteraman dan kerjaya," ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu kakaknya, Fara Hazel di sebuah hotel di sini sebentar tadi. Aiman bagaimanapun telah memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapanya. Selain Aiman, kakaknya yang baru melancarkan single kedua Terasa Cinta turut mengalami nasib serupa. Kata Fara, 22, dia juga menerima mesej lucah di akaun Instagram daripada lelaki tidak dikenali. "Sama se

Tragedi Masjid Paling Mengerikan

Image
Serangan seorang pemuda kulit putih warga Australia ke atas dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada hari Jumaat yang lalu adalah tragedi hitam untuk umat Islam dan warga manusia sejagat. Ia membunuh 50 orang yang sedang bersolat Jumaat dan puluhan lain yang lagi cedera. Tembakan rambang oleh Brenton Tarrant, pemuda berusia 28 tahun itu terhadap sesiapa sahaja yang ada di dalam masjid tanpa belas kasihan, ketika mangsanya pula ialah mereka yang tidak tahu apa-apa telah menimbulkan banyak spekulasi tentang kelibat pemudat tersebut. Neneknya, Marie Fitzgerald, 81, dalam satu ulasannya kepada sebuah televisyen Australia menyatakan bahawa cucunya itu telah menjadi seorang yang lain. Tracey Gray bekas majikan kepada pemuda itu pula dalam satu komennya menyatakan bahawa Brenton seorang yang rajin dan pekerja yang baik, seperti kebanyakan orang yang lain. Dia yang berkerja sebagai jurulatih kecergasan dikatakan seorang yang suka menolong ahli komuniti lain, termasuk kanak-kan

Isu Video Bogel Aiman Tino

Image
PENYANYI, Aiman Tino dalam proses mencari jalan penyelesaian berhubung penularan video bogel yang didakwa mirip dirinya sejak dua hari lalu. Aiman menerusi kenyataan rasmi berkata, dia berharap isu terbabit tidak dipanjangkan dan tindakan undang-undang bakal diambil sekiranya terdapat pihak masih membangkitkan isu itu. "Saya dan pihak pengurusan sedang memuktamadkan jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlarutan. "Diharapkan isu ini tidak dipanjangkan lagi dan tindakan undang-undang bakal diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula sehingga menjadikannya berlarutan," katanya. Dalam masa sama, Aiman juga memohon maaf kepada pihak media atas keprihatinan diberikan berhubung isu itu. "Terima kasih yang tidak berbelah bahagi kepada teman media atas keprihatinan dan sokongan terhadap karier saya. "Kepada peminat setia, terima kasih atas nasihat serta sokongan berterusan anda. Saya sayang anda s