Tragedi Masjid Paling Mengerikan
Serangan seorang pemuda kulit putih warga Australia ke atas dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada hari Jumaat yang lalu adalah tragedi hitam untuk umat Islam dan warga manusia sejagat. Ia membunuh 50 orang yang sedang bersolat Jumaat dan puluhan lain yang lagi cedera. Tembakan rambang oleh Brenton Tarrant, pemuda berusia 28 tahun itu terhadap sesiapa sahaja yang ada di dalam masjid tanpa belas kasihan, ketika mangsanya pula ialah mereka yang tidak tahu apa-apa telah menimbulkan banyak spekulasi tentang kelibat pemudat tersebut. Neneknya, Marie Fitzgerald, 81, dalam satu ulasannya kepada sebuah televisyen Australia menyatakan bahawa cucunya itu telah menjadi seorang yang lain. Tracey Gray bekas majikan kepada pemuda itu pula dalam satu komennya menyatakan bahawa Brenton seorang yang rajin dan pekerja yang baik, seperti kebanyakan orang yang lain. Dia yang berkerja sebagai jurulatih kecergasan dikatakan seorang yang suka menolong ahli komuniti lain, termasuk kanak-kan...