Skip to main content

Aiman Tino Diganggu Lelaki Gay





KUALA LUMPUR - Penyanyi Aiman Tino mengaku menerima mesej lucah daripada individu yang tidak dikenali di akaun Instagramnya.
Menurut Aiman, 20, dia hanya menyedari perkara tersebut selepas memeriksa mesej di Instagram baru-baru ini.
"Saya jarang baca mesej di Instagram dan hanya sedar tentangnya baru-baru ini. Tidak tahu apa tujuannya kerana yang menghantar mesej tersebut adalah lelaki.
"Walaupun terkejut saya ambil pendekatan untuk tidak mempedulikannya kerana setakat ini perkara tersebut langsung tidak menganggu ketenteraman dan kerjaya," ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu kakaknya, Fara Hazel di sebuah hotel di sini sebentar tadi.
Aiman bagaimanapun telah memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bapanya. Selain Aiman, kakaknya yang baru melancarkan single kedua Terasa Cinta turut mengalami nasib serupa.
Kata Fara, 22, dia juga menerima mesej lucah di akaun Instagram daripada lelaki tidak dikenali.
"Sama seperti Aiman saya juga tidak mempedulikan mesej tersebut," ujar Fara

Comments

Popular posts from this blog

Isu Video Bogel Aiman Tino

Komen PU Azman Tentang Ebit Liew